Wednesday, 22 October 2014

Ziarah Adik Nor Amaliena ( 22 October 2014)



23 mins · 
Ziarah Adik Nor Amaliena ( 22 October 2014)
Semalam saya sempat menziarah dan memberi sedikit sumbangan kepada adik Nor Amaliena 4 tahun yang sakit dan tidak sedarkan diri sejak 1 Jun 2014.
Saya ditemani oleh Puan Latifah Abu, yang merupakan Pengerusi Badan Tabika Kemas dimana Nor Amaliena belajar. Turut bersama saya adalah Setiausaha Caw RAKSA En. Salman.
Menurut apa yang diterangkan oleh Bapanya, Sakit adik Nor Amaliena ini berpunca dari kesilapan teknikal oleh pihak hospital kerana pengawai perubatan telah tersalah memberi dalam kuantiti yang lebih.
Mangsa kesilapan manusia.
Kini, mangsa yang tidak sedarkan diri itu makan dan minum melalui tiub. Saya dimaklumkan bahawa kos susu sahaja boleh mencecah sehingga Rm320-Rm400 sebulan. Tiap minggu dia perlu dihantar ke Hospital untuk Tukar Tiub. Itu tidak termasuk kos lampin pakai buang dan lain-lain.
Namun saya difahamkan bahawa Majlis Agama Islam Johor ada memberi bantuan berbentuk sejenis alat untuk menyedut kahak kepada mangsa.
Tambahan pula, keluarga ini bukanlah dari kalangan yang selesa dari sudut ekonomi. Bapanya encik Maridan adalah pemandu Bas, adik beradik Amaliena pula Semuanya 11 orang.
Saya tak tahu nak cakap apa. Siapa sangka perkara seperti ini boleh terjadi?
Takkan kami pandang sepi.
Insyallah saya akan Membuat susulan terhadap pemohonan bantuan yang telah dihantar ke JKM yg masih belum diluluskan lagi. Sementara itu kita akan mencari duit utk menampung perbelanjaan Susu Tepung yg agak tinggi perbelanjaannya setiap bulan utk meringankan beban keluarga ini sementara menunggu bantuan JKM dapat.
Kepada insan yang ingin membantu Adik Nor Amaliena ini boleh lah menghubungi terus bapanya:
Encik Maridan B Abd Samad
019 795 3828.
PTD 103, No 66 A,
Jalan Besar Simpang Bukit Batu.
Bantulah mereka yang memerlukan.
Mari kita sama-sama mendoakan adik Amaliena sihat seperti sedia kala.
— at Bukit Batu, Kulaijaya