Saturday, 8 November 2014

Perasmian Program Minda Insan Daerah Kulaijaya ( 7 November 2014 )





Semalam saya dijemput untuk merasmikan Program Minda Insan Daerah Kulaijaya, di Tanjung Balau, Kota Tinggi. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Johor, Unit Perancang Ekonomi Johor, Pejabat Daerah Kulaijaya dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim.
Seramai 58 orang pelajar terlibat kursus Minda selama 2 hari bersama 4 orang guru pengiring dan beberapa Pegawai dari Yayasan pembangunan Keluarga Diketuai oleh
Puan Nur Hedayah bte Kaulan & Ust Nazlie dan Rakan rakan dari Ibu Pejabat YPKDT Negeri.
Dalam ucapan saya, saya berpesan kepada anak-anak Kulaijaya kita tentang Kehebatan Minda & Otak Manusia yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Ianya adalah satu Aset yang amat bernilai kurniaan Ilahi.
Minda adalah alat dan pengaruh yang hebat untuk mencipta kejayaan yang Luar Biasa.
Dengan teknik penguasaan minda yang betul, Insyallah kita dapat mencapai hasil dan kemampuan yang Maksimum dengan Usaha yang minimum.
Maka, jika kita ingin berjaya dan hebat, kita perlu sentiasa berusaha untuk membangunkan pengaruh minda kita.
Rahsia Kejayaan Manusia Yang Hebat adalah bergantung kepada cara mereka melawan dan mengalahkan minda Negatif mereka.
Secara peribadi saya amat menyokong program sebegini. Saya berharap agar program ini dapat mendatangkan manfaat dan mendatangkan impak yang besar kepada anak-anak Kulaijaya kita.
P/s: kepada yang terbabit dalam program ini, sila tag photo anda. Terima Kasih.
— with Nazlei Razak.
LikeLike ·  ·